Hak-hak yang dilindungi di bawah Akta Akta Hak Asasi Manusia 1998

Akta ini memperuntukkan bahawa ia menyalahi undang-undang bagi badan awam untuk berlaku dalam cara yang melanggari Hak Konvensyen.[3] Bagi tujuan ini badan awam termasuk apa-apa orang yang "fungsinya menampakkan sifat awam."[4] Ia juga secara jelasnya termasuk Mahkamah.[5] Hak-hak Konvenyen termasuk hak-hak yang termasuk dalam seksyen 1 Akta (ini telah disenaraikan secara penuh dalam Jadual 1.[6] Dalam penafsiran hak-hak ini Akta memperuntukkan bahawa Mahkamah domestik "boleh" mengambil kira jurisprudens Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.[7]

Seksyen 7 membolehkan mana-mana orang yang memiliki hak untuk mengambil tindakan terhadap sesebuah pihak berkuasa awam yang telah bertindak atau bercadang untuk bertindak dengan cara yang menyalahi Konvensyen. Seseorang memiliki hak untuk berbuat sedemikian, asalkan dia dapat memenuhi "uji mangsa" yang ditetapkan oleh Artikel 34 dalam Konvensyen.[8] Ini adalah ujian pemilikan hak yang lebih ketat, berbanding dengan apa yang biasa digunakan oleh Kajian Semula Kehakiman Inggeris, walaupun tidak oleh Scotland.

Jika pihak berkuasa awam didapati mencabuli hak Konvensyen pihak menuntut, jadi Mahkamah diberi kuasa untuk "memberikan relief atau remedi, ataupun membuat perintah sedemikian, dalam kuasanya sebagaimana yang dianggap adil dan sesuai".[9] Ini boleh merangkumi award untuk ganti rugi, walaupun Akta itu mengenakan sekatan-sekatan tambahan pada keupayaan Mahkamah untuk memberikan award sedemikian.[10]

Bagaimanapun, Akta itu juga memberikan pertahanan kepada pihak berkuasa awam jika tindakan mereka yang mencabuli Konvensyen adalah untuk menjalankan kewajipan mandatori yang dikenakan pada mereka oleh undang-undang utama Westminster.[11] Akta itu juga menjangka bahawa syarat tersebut biasanya merupakan standard yang sangat susah untuk dicapai kerana ia memerlukan Mahkamah membaca undang-undang yang berikut (dan begitu juga untuk undang-undang subordinat): "Sejauh yang mungkin untuk berbuat sedemikian... dengan cara yang bersesuaian dengan hak Konvensyen".[12]

Apabila undang-undang utama tidak dapat dibaca dengan cara yang dapat mematuhi Konvensyen, satu-satunya isbat yang dapat digunakan oleh Mahkamah adalah untuk membuat Perisytiharan Ketakserasian tentang perkara itu.[13] Kuasa untuk berbuat sedemikian dihadkan kepada Mahkamah yang lebih tinggi.[14] Perisytiharan sedemikian tidak mempunyai kesan langsung terhadap kuasa undang-undang yang berterusan,[15] tetapi ia mungkin akan menimbulkan tekanan awam terhadap pemerintahan supaya menghapuskan ketakserasian itu. Peristyiharan itu juga mengukuhkan kes pihak menuntut yang diperlengkapi dengan keputusan sebegitu daripada Mahkamah negara dalam mana-mana rayuan kemudian kepada Strasbourg. Untuk memudahkan pematuhan Konvensyen yang segera, Akta itu membenarkan Menteri supaya mengambil tindakan pemulihan untuk membetulkan juga undang-undang utama yang bercanggahan menerusi undang-undang subordinat.[16]

Rujukan

WikiPedia: Akta Hak Asasi Manusia 1998 http://www.conservatives.com/tile.do?def=news.stor... http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk/7718961.stm http://news.bbc.co.uk/1/hi/uk_politics/5114102.stm http://www.guardian.co.uk/frontpage/story/0,,20878... http://www.guardian.co.uk/uk/2006/feb/06/schools.r... http://www.archive.official-documents.co.uk/docume... http://www.telegraph.co.uk/news/uknews/1513730/Law... http://www.telegraph.co.uk/opinion/main.jhtml?xml=... http://www.opsi.gov.uk/acts/acts1998/19980042.htm http://www.opsi.gov.uk/acts/acts1998/80042--d.htm#...